Bubble pop

Assalamualaikum . Peace Be Upon You . Selamat Datang Di Blog Rara ! . This Is My Blog Yaww ! . Simple Sajee ! Tak Mcm Anda Punya . (: Terima Kasih !

Don't Be Sad ! :)

"Jangan bersedih.. Tentu ada hikmahnya !"
Yeaa ! . Ayat tu lah yang selalu aku guna untuk tahan diri aku dari bersedih . 
22/12/12 tarikh tu mungkin tarikh paling menyedihkan untuk aku . Air mate tak lekang dari pipi . Aku cuba sedaya upaya untuk tahan, tapi aku GAGAL . Makin aku tahan, makin sebak aku rase . Sakitnye bile sebak sampai nak telan air liur pun terase sakit . Bagai 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga' yang aku rasakan . Dari pagi sampai malam . Macam-macam dugaan . Sakit mata, Sakit Kepala, Sakit hati dan Sakit badan . Mata sakit bila asyik menangis . Kepala sakit memikirkan semua yang tejadi . Hati sakit menerima hakikat . Badan sakit sebab penat dan demam . Mase tu, teringin sangat nak meraung dan menjerit sekuat hati . Tapi aku tahan sebab aku taknak orang sekeliling tahu betape sakit dan sedihnye aku rase . Tapi syukur Alhamdulillah . Kesedihan yang aku alami tak sesedih dan perit macam penderitaan rakyat Palestin di Gaza . Mereka kehilangan tempat tinggal, tak cukup makan, dan yang paling perit, mereka kehilangan orang yg mereka sayangi di depan mata mereka sendiri . Penderitaan dan kesedihan mereka lebih berat berbanding aku yang masih setahun jagung, masih terlalu muda untuk merasai asam garam kehidupan . Syukur Alhamdulillah . Kejadian semalam (22/12/12) buat aku lebih matang . In Shaa Allah . 'Think positive' itu yang penting . 
KALAU KITA SEDANG BERSEDIH, JANGAN KITA TERUS BERADA DI DALAM KESEDIHAN ITU . "Buat lah apa sahaja aktiviti supaya kita tidak berterusan memikirkannya" . Sedikit sebanyak pesanan dari Mohd Azrull bin Jaffar . Dia mengajar aku macam-macam tentang kehidupan . Dia buat aku berfikiran lebih terbuka dan berfikiran positif . Terima Kasih .
SAYA SAYANG AWAK MOHD AZRULL BIN JAFFAR . In Shaa Allah . Tahun baru pun dah tak lama lagi . Azam baru untuk menjadi seorang yang lebih baik dan lebih matang . In Shaa Allah . Doakan aku, yee . :) .
 Hidup ini umpama air LAUT yang ada pasang dan surutnye . :)

Kawan BUKAN Sahabat

Sahabat..
Tidak mudah untuk aku mencari mu
Dalam berjuta insan di dunia ini
Kerna, yang sering aku temui adalah kawan
Kawan yang disebaliknya mungkin menjadi lawan..

Sahabat..
Aku akui bahawa kau yang ku impikan
Aku taburkan berjuta impian bersama mu
Kerna aku inginkan sahabat yang kekal bersama
Bukan kawan yang hilang tika aku sengsara..

Sahabat..
Meski pun aku mempunyai teman istimewa
Namun harus selalu kau ingati
Aku tidak akan pernah melupakan mu
Kerna kau juga insan yang istimewa..

Aku tidak meminta segala kemewahan yang kau ada, sahabat..
Aku cuma inginkan hubungan persahabatan yang indah..
Jika kau adalah sahabat, tentu kau tahu siapa diri aku yang sebenar..
Bukan hendak meminta simpati darimu, sahabat..
Cuma keikhlasan dalam persahabatan yang aku harapkan..
Aku pernah rasakan kehampaan dalam persahabatan..
Tapi itu dulu sewaktu aku dikhianati oleh kawanku..
Air mataku amat berharga untuk ku titiskan..
Namun aku tidak berdaya menahannya dari mengalir di pipi..
Jika aku harus kehilangan insan yang bergelar SAHABAT..
Aku mohon kepada kau wahai sahabat..
Jauhi lah sikap "bertalam dua muka" jika ada pada dirimu..
Jangan kau bersikap baik dihadapan ku..
Tapi disebaliknya kau menceritakan segala keburukkan ku kepada orang lain..
Jika begitu sikap mu, bermakna kau adalah KAWAN..
Yang selalu ada dikala wujudnya kesenangan..
Dan menghilang ketika hadirnya penderitaan..