Bubble pop

Assalamualaikum . Peace Be Upon You . Selamat Datang Di Blog Rara ! . This Is My Blog Yaww ! . Simple Sajee ! Tak Mcm Anda Punya . (: Terima Kasih !

Kawan BUKAN Sahabat

Sahabat..
Tidak mudah untuk aku mencari mu
Dalam berjuta insan di dunia ini
Kerna, yang sering aku temui adalah kawan
Kawan yang disebaliknya mungkin menjadi lawan..

Sahabat..
Aku akui bahawa kau yang ku impikan
Aku taburkan berjuta impian bersama mu
Kerna aku inginkan sahabat yang kekal bersama
Bukan kawan yang hilang tika aku sengsara..

Sahabat..
Meski pun aku mempunyai teman istimewa
Namun harus selalu kau ingati
Aku tidak akan pernah melupakan mu
Kerna kau juga insan yang istimewa..

Aku tidak meminta segala kemewahan yang kau ada, sahabat..
Aku cuma inginkan hubungan persahabatan yang indah..
Jika kau adalah sahabat, tentu kau tahu siapa diri aku yang sebenar..
Bukan hendak meminta simpati darimu, sahabat..
Cuma keikhlasan dalam persahabatan yang aku harapkan..
Aku pernah rasakan kehampaan dalam persahabatan..
Tapi itu dulu sewaktu aku dikhianati oleh kawanku..
Air mataku amat berharga untuk ku titiskan..
Namun aku tidak berdaya menahannya dari mengalir di pipi..
Jika aku harus kehilangan insan yang bergelar SAHABAT..
Aku mohon kepada kau wahai sahabat..
Jauhi lah sikap "bertalam dua muka" jika ada pada dirimu..
Jangan kau bersikap baik dihadapan ku..
Tapi disebaliknya kau menceritakan segala keburukkan ku kepada orang lain..
Jika begitu sikap mu, bermakna kau adalah KAWAN..
Yang selalu ada dikala wujudnya kesenangan..
Dan menghilang ketika hadirnya penderitaan..